Berita Berita
Kerajaan pinda Akta Pengangkutan Jalan, wajibkan pemandu mabuk bayar pampasan mangsa kemalangan
KUALA LUMPUR, 9 Okt. – Kerajaan bakal meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan secara terus kepada mangsa kemalangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tindakan tegas berkenaan diambil berikutan rekod 28 kes kematian akibat pemandu mabuk dan pengaruh dadah yang amat membimbangkan.
"Sistem telematik akan diwajibkan pemasangannya pada kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi, dan corak pemanduan berisiko termasuk pengesan kadar alkohol," kata beliau.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan khusus kepada pemandu kenderaan perdagangan untuk mengesan sebarang risiko kesihatan yang berpotensi menjejaskan keupayaan memandu.
Berita berkaitan
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:25 pm
Peruntukan kuarters penjawat awam ditingkatkan RM2.3 bilion
October 9, 2026, 5:20 pm
‘RM500 juta amat mengecewakan’ - BELIA MAHIR gesa pembiayaan PTPK dinaikkan kepada RM1 bilion
October 9, 2026, 5:18 pm
Kerajaan tingkat kebajikan 70,000 guru KAFA dan petugas hal ehwal Islam menerusi insentif khas
October 9, 2026, 5:06 pm
Pemberian Khas Sabah, Sarawak naik tiga kali ganda kepada RM1.5 bilion
October 9, 2026, 4:53 pm
