Berita Berita
Sekali lafaz, Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM500
KUALA LUMPUR 10 Okt – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Menara Merdeka 118, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan mas kahwin sebanyak RM500.
Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi di aras 118 Menara Merdeka itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, kenamaan serta rakan terdekat kedua-dua mempelai.
Acara berbalas hantaran turut diadakan dengan pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang.
Pernikahan itu sekali gus menyatukan dua figura terkenal tanah air daripada bidang berbeza, dengan Syed Saddiq aktif dalam arena politik manakala Bella mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon.
Antara kenamaan yang hadir memeriahkan majlis ialah dua bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Turut hadir bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta bekas Ketua Pembangkang Singapura, Pritam Singh.
Selain pemimpin politik, majlis berkenaan turut dihadiri penggiat seni tanah air dan kenalan rapat pasangan itu.
Kebanyakan tetamu tampil mengenakan busana serba putih selaras dengan konsep perkahwinan berteraskan elemen Arab dan Islamik yang dipilih atas permintaan keluarga.
Sementara itu, pasangan berkenaan dijadual mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 18 Oktober ini.
Syed Saddiq dan Bella juga merancang meraikan hari bahagia mereka bersama masyarakat menerusi program Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada 25 Oktober, diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.
Berita berkaitan
October 10, 2026, 1:24 pm
Situasi jerebu negara tidak menunjukkan perkembangan positif, 33 kawasan catat IPU tidak sihat
October 10, 2026, 1:18 pm
Pemandu lori rempuh 11 kenderaan di Alam Budiman positif dadah
October 10, 2026, 12:48 pm
Kerajaan digesa siasat entiti korporat Malaysia dikait punca jerebu di Indonesia - Wan Saiful
October 10, 2026, 12:43 pm
Kes jangkitan saluran pernafasan, radang mata meningkat akibat jerebu - kata KKM
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:25 pm
