TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan digesa siasat entiti korporat Malaysia dikait punca jerebu di Indonesia - Wan Saiful

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Kerajaan digesa menjalankan siasatan segera, telus, dan menyeluruh terhadap pendedahan Greenpeace mengenai entiti korporat Malaysia yang dikaitkan dengan kebakaran hutan di Indonesia bagi menentukan dalang krisis jerebu rentas sempadan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan pendedahan berkenaan perlu dipandang serius kerana rakyat tidak sepatutnya terus menanggung kesan pencemaran udara berulang.

Beliau menyatakan bahawa jerebu bukan sahaja mengancam kesihatan awam, malah menjejaskan kegiatan ekonomi serta merosakkan alam sekitar.

Penutupan sekolah akibat pencemaran udara teruk disifatkan sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap rakyat berikutan gangguan sesi pembelajaran anak-anak serta kerugian peniaga.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan penubuhan tabung pampasan khas yang dibiayai syarikat terbabit bagi menampung kos rawatan kesihatan dan pemulihan alam sekitar.

Wan Saiful turut menggesa masyarakat terjejas dan organisasi masyarakat sivil (CSO) mempertimbangkan tindakan undang-undang berasaskan bukti terhadap entiti yang terbukti bersalah.

Langkah tegas perlu diambil segera memandangkan isu pencemaran udara berkenaan tidak boleh diterima sebagai kejadian tahunan yang biasa. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset