TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Situasi jerebu negara tidak menunjukkan perkembangan positif, 33 kawasan catat IPU tidak sihat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Situasi jerebu di seluruh negara terus berlarutan tanpa sebarang perkembangan positif apabila majoriti kawasan mencatatkan kadar pencemaran udara berterusan setakat jam 12 tengah hari.

Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tiada sebarang lokaliti di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sihat.

Sebanyak 33 kawasan dikenal pasti berada pada tahap Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, manakala 35 lokaliti lagi mencatatkan bacaan sederhana.

Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi di beberapa lokasi termasuk Batu Pahat pada paras 188, Tangkak (186), Larkin dan Pasir Gudang (184), serta Segamat (181).

Di Negeri Sembilan, kawasan Seremban, Nilai, dan Port Dickson mencatatkan bacaan tidak sihat masing-masing 182, 178, dan 164, manakala Melaka merekodkan paras sehingga 173 di Bukit Rambai dan Alor Gajah.

Kawasan Lembah Klang turut terjejas teruk dengan Cheras merekodkan bacaan IPU 174, Batu (169), Putrajaya (167), Shah Alam (166), Johan Setia (164), Petaling Jaya (161), Klang (156), Banting (153), serta Kuala Selangor (152).

Empat lokasi di Perak iaitu Tasek Ipoh, Pegoh Ipoh, Tanjung Malim, dan Seri Manjung mencatatkan paras tidak sihat, di samping Seberang Perai di Pulau Pinang yang berada pada bacaan 113.

Tiga kawasan di Pahang iaitu Rompin, Temerloh, dan Indera Mahkota turut berada pada tahap tidak sihat, manakala Kuching serta Samarahan di Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 154 dan 108.

+ - reset