Berita Berita
Pemandu lori rempuh 11 kenderaan di Alam Budiman positif dadah
SHAH ALAM, 10 Okt. – Seorang pemandu lori berumur 51 tahun ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam insiden kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Mokhtar Dahari semalam.
Ketua Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah memaklumkan bahawa kemalangan berlaku kira-kira jam 4.20 petang apabila lori terbabit yang menuruni bukit mendakwa mengalami masalah kegagalan fungsi brek.
Lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh 11 kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman.
Insiden berkenaan menyebabkan seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berusia 58 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam.
Isteri serta cucu mangsa yang turut berada dalam kenderaan sama dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.
Seorang lagi pemandu kereta berusia 29 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian badan turut menerima rawatan di tempat yang sama.
Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-286 3875.
Berita berkaitan
October 10, 2026, 1:24 pm
Situasi jerebu negara tidak menunjukkan perkembangan positif, 33 kawasan catat IPU tidak sihat
October 10, 2026, 12:48 pm
Kerajaan digesa siasat entiti korporat Malaysia dikait punca jerebu di Indonesia - Wan Saiful
October 10, 2026, 12:43 pm
Kes jangkitan saluran pernafasan, radang mata meningkat akibat jerebu - kata KKM
October 10, 2026, 12:21 pm
Sekali lafaz, Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM500
October 9, 2026, 6:00 pm
RM80 juta selenggara rumah ibadat bukan Islam, RM100 juta baik pulih Kampung Baru Cina
October 9, 2026, 5:39 pm
Belanjawan 2027: Ini 10 manfaat khusus untuk rakyat yang perlu anda tahu
October 9, 2026, 5:31 pm
Buat kerja sukarelawan, anak muda bakal terima RM100 e-dompet menerusi Budi Belia
October 9, 2026, 5:29 pm
Bantuan khas kewangan RM1,500 untuk penjawat awam, pencen minimum veteran ATM dinaikkan RM1,350
October 9, 2026, 5:25 pm
