TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Insiden rempuhan motosikal, MBPP digesa tegas atasi isu kerusi meja di kaki jalan Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 8 OKTOBER – "Tak lama lagi, kerusi dan meja pula!" Itu suara kebimbangan sesetengah pihak susulan insiden seorang lelaki dirempuh motosikal baru-baru ini yang kini mencetuskan tumpuan hangat orang ramai terhadap isu keselamatan di sepanjang laluan utama Lebuh Chulia.

Kejadian yang berlaku di laluan sibuk itu kembali menghangatkan desakan agar pihak berkuasa tempatan tampil membuat pemantauan lebih berani dan ketat. 

Kehadiran meja kerusi premis yang dipasang terlalu hampir dengan laluan kenderaan dilihat berpotensi mengundang kemalangan pada bila-bila masa. 

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Muhammad Noor Ikhwan, beliau menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya tidak berpeluk tubuh dan mengambil langkah susulan yang drastik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.

Menurut beliau, laluan berkenaan merupakan jalan utama bergaris kuning dan bukannya kawasan persiaran tepi pantai yang bebas tanpa sebarang risiko trafik tinggi. 

Sikap bertanggungjawab pihak berkuasa amat dituntut demi menjamin keselamatan para peniaga mahupun pengunjung yang lalu-lalang di situ.

Beliau turut menyatakan kegelisahannya jika trend meletakkan kemudahan makan dan minum di bahu jalan ini terus dibiarkan tanpa sebarang kawalan ketat. 

Risiko kecuaian pemandu, termasuk ancaman pemandu di bawah pengaruh alkohol, boleh mengakibatkan tragedi lebih parah yang mengancam nyawa orang awam pada bila-bila masa. 

 

+ - reset