Berita Dunia
Penampakan 'obor-obor' di langit malam cetus persoalan ramai
FLORIDA 15 OKTOBER – Keindahan serta keunikan fenomena 'obor-obor angkasa' atau 'space jellyfish' yang menghiasi langit di Florida, Amerika Syarikat pada pagi Selasa berjaya memukau pandangan ratusan penduduk tempatan.
Kejadian luar biasa itu terhasil susulan peluncuran roket Falcon 9 milik syarikat pembuatan aeroangkasa terkemuka, SpaceX, yang berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral tepat jam 6.35 pagi waktu tempatan.
Misi perdagangan CRS-35 yang dijalankan untuk Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu bertujuan membawa muatan kargo serta lebih 6,300 bahan penyelidikan saintifik ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Visual mengagumkan berkenaan mendapat julukan 'obor-obor' berikutan bentuknya yang menyerupai hidupan laut tersebut.
Ia bermula dengan gumpalan asap tebal di bahagian hadapan sebelum menguncup menjadi jaluran cahaya berkilauan yang halus, seolah-olah membentuk bahagian sesungut haiwan berkenaan yang terapung di angkasa lepas.
Wakil NASA menjelaskan bahawa fenomena unik ini lazimnya terbentuk sewaktu fajar atau senja apabila pelepasan gas ekzos roket dipancarkan oleh cahaya matahari pada altitud tinggi, seterusnya menghasilkan formasi bercahaya yang terang lagi mempesonakan.
Suasana cemas dan hairan sejurus kemunculan kelibat misteri itu bertukar menjadi kekaguman apabila orang awam mula menyedari kejadian sebenar di sebalik tirai awan.
Malah, sebilangan pemerhati yang sudah mengagak kemunculan fenomena tersebut berpunca daripada kekerapan aktiviti peluncuran di tapak berkenaan turut tidak melepaskan peluang merakam detik indah itu.
Menurut laporan portal Space.com, seorang penduduk dari negeri Georgia, Ellen Alence, meluahkan rasa terkejut apabila disambut pemandangan tidak masuk akal sewaktu membuka pintu belakang rumahnya pada awal pagi.
Gambar-gambar hasil bidikan beliau serta ribuan pengguna media sosial lain terus tular dan menjadi sebutan ramai sejak beberapa hari lalu.
Keindahan paparan cahaya berkenaan turut menampilkan variasi visual yang berbeza bergantung kepada lokasi penglihatan, tempoh masa, serta kelengkapan kamera yang digunakan.
Kualiti gambar yang dirakam menerusi telefon pintar di Gainesville misalnya, menunjukkan pemandangan yang amat berbeza berbanding foto sudut profesional dari kawasan Tampa.
Berita berkaitan
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 14, 2026, 5:09 pm
Langit dah warna oren, Indonesia masih berdegil tak mahu isytihar darurat
October 9, 2026, 12:46 am
'Sepak sikit keluar api', keadaan tanah gambut Kalimantan risiko terbakar lagi
October 7, 2026, 8:29 pm
Sikap degil Indonesia terus bakar hutan, kualiti udara Malaysia makin parah
October 6, 2026, 2:32 pm
Orang Utan termenung kaku lihat rumah diranap jentolak di Indonesia
October 1, 2026, 10:59 am
Puting beliung api melanda seberang, jerebu burukkan udara negara
October 1, 2026, 9:38 am
Tanah runtuh di Nepal, 30 maut, ratusan pendaki diselamatkan
September 30, 2026, 8:34 pm
