TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

'Sepak sikit keluar api', keadaan tanah gambut Kalimantan risiko terbakar lagi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 OKTOBER - Tular di media sosial keadaan tanah gambut yang masih mengeluarkan bara api meskipun api kebakaran sudah dipadam menggunakan air.

Insiden kebakaran hutan di seluruh tanah Kalimantan, Indonesia kini memberi kesan ketara kepada negara-negara jiran.

Bacaan Data Indeks Pencemaran Udara (IPU) sejak pagi hingga 7 malam hari ini menunjukkan beberapa kawasan di selatan dan Pantai Barat Semenanjung terus merekodkan bacaan tinggi dalam kategori Tidak Sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Segamat, Johor dan Seremban, Negeri Sembilan merekodkan antara bacaan tertinggi negara sepanjang tempoh berkenaan. 

Secara keseluruhan, sebanyak 36 stesen terus mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat setakat 7 malam ini, manakala selebihnya berada dalam kategori Sederhana.

Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

+ - reset