Berita Dunia
Orang Utan termenung kaku lihat rumah diranap jentolak di Indonesia
JAKARTA 6 OKTOBER - Satu rakaman video menyayat hati memaparkan seekor orang utan hanya mampu berdiri kaku dan termenung menyaksikan habitat semula jadinya diranap jentolak, tular di media sosial.
Melalui klip berdurasi 24 saat itu, kelihatan dua jentera berat sedang merobohkan pokok besar di sebuah kawasan hutan tebal.
Tidak jauh dari lokasi penerokaan berkenaan, haiwan terancam itu dilihat berdiri di atas ranting-ranting kayu yang tumbang sambil memandang sepi ke arah tapak pembersihan tanah tersebut.
Detik hiba hidupan liar itu seolah-olah menggambarkan rasa kekecewaan dan ketidakupayaan makhluk berkenaan apabila tempat tinggal yang menjadi perlindungan selama ini musnah dalam sekelip mata.
Rata-rata warga netizen turut meluahkan rasa sedih dan menggesa pihak berkenaan mengetatkan kawalan serta menghentikan pencerobohan hutan yang menjejaskan ekosistem alam. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 1, 2026, 10:59 am
Puting beliung api melanda seberang, jerebu burukkan udara negara
October 1, 2026, 9:38 am
Tanah runtuh di Nepal, 30 maut, ratusan pendaki diselamatkan
September 30, 2026, 8:34 pm
Macam filem Tamil, polis berpaut atas SUV sejauh 30km buru penyeludup terima penghargaan dari Vijay
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
