TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Sikap degil Indonesia terus bakar hutan, kualiti udara Malaysia makin parah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 OKTOBER - Langit biru yang sepatutnya dinikmati penduduk kini bertukar menjadi suram apabila mutu udara di seluruh negara merosot ke tahap membimbangkan. 

Keadaan itu jelas berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab pihak di negara jiran, Indonesia yang masih melakukan aktiviti pembakaran terbuka secara meluas. 

Kesannya, asap tebal yang dihembus angin rentas sempadan kini menyelubungi atmosfera negara hingga mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di 33 kawasan.   

Kejadian terkini menyaksikan api marak di kawasan Kompleks HBI yang terletak di belakang kampus Universiti Islam Kalimantan (UNISKA), Kalimantan Selatan. 

Kebakaran besar itu dilaporkan semakin marak hingga merebak ke kawasan tanah berhampiran Universiti Indonesia, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat. 

Kepulan asap tebal yang tinggi jelas kelihatan menyelubungi ruang udara, menandakan betapa kritikalnya krisis persekitaran yang sedang berlaku.   

Suasana di lokasi insiden bertukar cemas apabila petugas pemadam kebakaran tempatan berdepan kesukaran mengawal api akibat kekurangan anggota serta jentera. 

Malah, ada dalam kalangan warga yang gagal menahan sebak dan menangis merayu kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, agar segera memohon bantuan ketenteraan serta logistik daripada negara-negara jiran sebelum kemusnahan menjadi lebih parah.   

Kedegilan pihak tertentu di negara berkenaan yang berterusan menggunakan kaedah pembersihan tanah secara tebas dan bakar dilihat menjadi duri dalam daging kepada tahap kesihatan awam. 

Sekiranya tiada tindakan tegas dan langkah pembendungan drastik diambil oleh pihak berkuasa republik itu, penduduk Malaysia terpaksa terus 'membayar harga' yang mahal dengan menyedut udara beracun ini.

+ - reset