TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian

By
|
Kongsi
image

BAKU 15 OKTOBER – Larangan pemakaian  tudung di sekolah oleh kerajaan Azerbaijan menyebabkan murid perempuan dihalang menghadiri kelas dan guru wanita diminta menanggalkan tudung mereka dalam tindakan yang mengundang kemarahan ibu bapa sehingga mencetuskan tunjuk perasaan, lapor laman berita Jam News semalam

Pada 12 Oktober lalu, Kementerian Dalam Negeri Azerbaijan mengumumkan penangkapan 37 orang berkaitan insiden pematuhan peraturan pakaian seragam sekolah baru itu.

Pihak berkuasa meluluskan larangan tersebut atas alasan keperluan untuk etika pakaian sekolah yang seragam dalam pendidikan sekular. 

Larangan itu didakwa menjejaskan hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan.

Klip video yang dikongsi  dari beberapa penempatan di Baku menunjukkan murid-murid berkumpul di pintu masuk sekolah dengan Sebilangan mereka memakai tudung kepala. 

Murid-murid di Sekolah No. 322 memprotes larangan memakai tudung dan menuntut agar murid perempuan dibenarkan menghadiri kelas.

Rakaman serupa diterbitkan pada 9 Oktober  lalu dan dirakam di luar Sekolah No. 69 di Baku, menunjukkan murid-murid enggan masuk ke kelas sebagai tanda solidariti bersama rakan sekelas  yang bertudung.

Pelajar juga mengadakan protes di sebuah sekolah di kampung Mollaoba, dalam daerah Masally.

Video lain dikongsi dari Sekolah No. 9 di daerah Jalilabad menunjukkan murid perempuan dilarang memasuki bangunan sekolah kerana bertudung. 

Tunjuk perasaan bagi membantah larangan itu pula dilakukan melalui pelbagai cara: berkumpul di luar sekolah, enggan menghadiri kelas dan menyeru agar pemulauan dilakukan. 

Namun, mereka semua mempunyai tuntutan yang sama iaitu  murid perempuan yang bertudung tidak boleh dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. 

+ - reset