TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising

By
|
Kongsi
image

SEGAMAT, 16 Okt. – Seorang warga emas lelaki mengalami kecederaan luka di bahagian dahi selepas dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail memaklumkan bahawa kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 70 tahun menegur suspek yang sedang membuat bising serta mengamuk di lokasi terbabit.

Suspek bertindak menyerang mangsa sebelum melarikan diri, manakala mangsa yang tercedera telah dihantar ke Hospital Segamat bagi menerima rawatan susulan.

Bertindak atas maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun serta merampas tin gam, baju, dan seluar jeans.

Semakan pihak polis mendapati suspek mempunyai 33 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah serta narkotik dan disyaki berada dalam keadaan khayal ketika insiden berlaku.

Kes disiasat oleh pihak polis mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dengan permohonan reman dikemukakan di Mahkamah Majistret Segamat hari ini.

+ - reset