TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU, 16 Okt. – Tindakan sekumpulan remaja berlumba dan melakukan aksi berbahaya di jalan raya mengundang padah apabila 77 motosikal disita dalam operasi penguatkuasaan berhampiran Padang Midin hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan bahawa operasi selama hampir tujuh jam sehingga jam 8 pagi itu dijalankan di Kilometer 11, Jalan Kuala Berang bagi membanteras aktiviti samseng jalanan.

Sebanyak 144 kompaun dikeluarkan oleh pihak polis selepas menjalankan pemeriksaan terperinci ke atas 208 individu serta 105 motosikal di lokasi terbabit.

Pemeriksaan polis mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, dan pengubahsuaian ekzos haram.

Kesalahan lain yang turut dicatatkan merangkumi kegagalan mempamerkan cukai jalan, tiada perlindungan insurans, penggunaan aksesori tidak mematuhi undang-undang, serta ingkar arahan polis.

Operasi pemantauan berterusan akan terus ditingkatkan oleh pihak polis bagi menangani isu lumba haram serta gangguan ketenteraman awam di kawasan berkenaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset