TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 16 Okt. – Seorang guru tuisyen ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes persetubuhan luar tabii serta amang seksual membabitkan lima pelajar lelaki tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan bahawa semua perbuatan jenayah berkenaan disyaki berlaku di kediaman suspek yang dijadikan tempat mengajar tuisyen.

Pihak polis menerima sebanyak lima laporan rasmi di Balai Polis Bukit Jalil sejak 6 Oktober lalu hingga 11 Oktober lepas berhubung kes berkenaan.

Siasatan terperinci telah dijalankan oleh pihak polis merangkumi proses merakam keterangan ahli keluarga, mangsa, serta kerjasama rapat bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah.

Suspek kini berada dalam tahanan reman polis bagi membolehkan siasatan lanjut melengkapkan kertas siasatan.

Siasatan dijalankan oleh pihak polis mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset