TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai

By
|
Kongsi
image

JAKARTA 16 OKOTOBER - Seorang wanita berusia 25 tahun dilaporkan hilang dan hanyut selepas tergelincir ketika sedang mandi di kawasan Air Terjun Robo, Nagari Harau, Kabupaten Limapuluh Kota, Sumatera Barat semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Windy Rahma Putri merupakan seorang penduduk asal Padang Pariaman. 
Insiden cemas itu berlaku sekitar jam 3.45 petang waktu tempatan apabila mangsa dilaporkan tergelincir dari kawasan tebing air terjun yang licin sebelum dihanyutkan arus deras.

Memasuki hari kedua pencarian, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan yang dianggotai oleh unsur tentera, polis, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), petugas bomba serta penduduk tempatan masih meneruskan operasi mengesan mangsa. 

Pasukan penyelamat giat melaksanakan kerja-kerja pencarian di sepanjang aliran air dan sekitar lokasi kejadian. 

Sehingga laporan terakhir dikeluarkan, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian terus diperhebatkan. 

+ - reset