Berita Dunia
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
JAKARTA 17 OKTOBER - Asap akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan merebak hingga ke Jakarta, mendorong agensi meteorologi Indonesia menasihatkan penduduk supaya mengehadkan aktiviti luar, kata seorang pegawai pada Jumaat, lapor Xinhua.
Imej satelit menunjukkan asap merebak merentasi Kalimantan dan Sumatera, serta sampai ke Banten, Jawa Barat dan Jakarta, menurut Guswanto, seorang pegawai kanan agensi berkenaan, yang mengingatkan bahawa masih belum dapat dipastikan sama ada asap itu menjejaskan kualiti udara di permukaan bumi.
Sehingga tengah hari Jumaat, kepekatan zarah halus PM2.5 di daerah Kemayoran, Jakarta, mencecah 67.5 mikrogram bagi setiap meter padu, iaitu paras yang dikategorikan sebagai tidak sihat oleh agensi itu.
Guswanto menasihatkan penduduk mengelakkan aktiviti senaman di luar rumah dan memakai pelitup muka.
Beliau turut menjelaskan bahawa risiko sebenar terhadap kesihatan bergantung pada pengukuran kualiti udara, bukannya imej satelit semata-mata.
Kebakaran hutan bermusim yang diburukkan lagi tahun ini oleh keadaan kering berkaitan fenomena El Nino yang kuat berulang kali menyebabkan jerebu tebal melanda Indonesia dan negara jiran.
Berita berkaitan
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
Penampakan 'obor-obor' di langit malam cetus persoalan ramai
October 14, 2026, 5:09 pm
Langit dah warna oren, Indonesia masih berdegil tak mahu isytihar darurat
October 9, 2026, 12:46 am
'Sepak sikit keluar api', keadaan tanah gambut Kalimantan risiko terbakar lagi
October 7, 2026, 8:29 pm
