TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara

By
|
Kongsi
image

SINGAPURA 17 OKTOBER - Kebakaran berterusan di Indonesia yang menyelubungi beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan jerebu toksik mencetuskan tahap amaran tertinggi oleh pemantau iklim dan kebakaran serantau ASEAN.

"Pengaktifan Tahap Amaran 3 bagi rantau selatan ASEAN," menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura, menerusi laman webnya yang disemak hari ini.

ASMC yang beroperasi berhampiran Lapangan Terbang Changi, Singapura, menggunakan sistem amaran empat peringkat, daripada sifar hingga tiga.

Tahap tertinggi diaktifkan apabila terdapat "risiko tinggi jerebu rentas sempadan yang serius di rantau ini".

Keadaan itu merangkumi aktiviti titik panas kebakaran yang ketara dan berterusan, disertai jerebu asap sederhana hingga tebal yang meluas selama dua hari berturut-turut atau lebih, cuaca kering berpanjangan serta angin yang terus membawa jerebu ke negara jiran ASEAN.

Amaran ASMC itu dikeluarkan semalam, namun amaran serupa sudah diaktifkan dua kali tahun ini, iaitu pada 26 Ogos dan 27 Mac.

Jerebu yang berlarutan selama beberapa bulan itu menjejaskan kehidupan penduduk di sebahagian besar Asia Tenggara, termasuk menyebabkan sekolah ditutup dan peningkatan aduan berkaitan masalah pernafasan.

Semalam, Singapura memaklumkan akan mengeluarkan amaran kepada tujuh syarikat di Indonesia yang dikenal pasti bertanggungjawab terhadap kebakaran, namun memberi amaran keadaan jerebu paling buruk mungkin masih belum berlaku.

+ - reset