TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 OKTOBER - Suasana di sebuah kilang pembuatan keropok di Indonesia tular di media sosial kerana keadaannya yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Premis berkenaan kelihatan tidak ubah seperti sebuah bengkel membaiki kenderaan berat apabila didapati menggunakan mesin-mesin terpakai yang diubah suai sendiri menggunakan komponen enjin lama, lengkap dengan sistem takal serta tali sawat yang berputar.

Kreativiti pengusaha tempatan dalam menghasilkan jentera pembuatan makanan secara 'gaya bebas' itu mengundang kritikan ramai, malah ada yang berseloroh mendakwa mesin kilang tersebut kelihatan seperti enjin motosikal berkuasa tinggi. 

Di sebalik rupa bentuk premis yang tampak bersahaja dan dipenuhi habuk tepung, operasi memasak keropok tetap berjalan lancar dengan tenaga kerja manusia yang mengaut kepingan keropok di dalam kuali besar menggunakan kaedah tradisional. 

+ - reset