Berita Berita
TuJu ganti Waze: 'Takpalah jalan jauh sikit, daripada serah maklumat kepada Israel"- Anwar
AMPANG 23 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze ketika menjalankan tugas rasmi atas faktor keselamatan negara.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan melakukan penelitian terperinci terhadap aplikasi berkenaan, termasuk aspek pengurusan maklumat dan perundangan yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap keselamatan negara meskipun keputusan berkenaan menerima kritikan daripada pelbagai pihak.
“Pangkalan ibu pejabatnya itu di Israel, itu satu hal. Yang kedua, dalam perjanjian, saudara pakai Waze ada masalah, itu undang-undang yang menentukan itu undang-undang Israel.
“Dia tidak ada undang-undang negara lain. Itu yang menyebabkan mengapa saya ambil tindakan yang agak spontan. Tak boleh saya kata nak tangguh satu hari pun tak boleh.
“Ada orang kata patut sabar dulu, semak dulu. Saya kata, dah sah. Sebab kalau sudah gunakan Waze maknanya ia secara automatik menyerahkan semua maklumat kepada Israel, jadi kita jangan buat silap itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan menyedari keputusan berkenaan mungkin menimbulkan kesulitan kepada sesetengah pengguna, namun kepentingan keselamatan negara perlu diberikan keutamaan.
Katanya, rakyat mempunyai pilihan untuk menggunakan aplikasi navigasi alternatif, khususnya yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.
“Walaupun saya tahu saya dikritik, dikecam kerana terburu-buru dan gopoh. Saya kata, tidak apalah, kalau agak menyusahkan beberapa orang, saya minta maaf. Tetapi bagi saya, keselamatan negara lebih penting.
“Apa lagi kita, kerana kita di antara negara yang keras menentang rejim Zionis Israel yang kejam itu. Jadi tentunya tindakan kita itu dipantau. Saya percaya lepas ini, semua pengaruh mereka akan digunakan untuk menghentam kita.
“Tapi janganlah rakyat kita sendiri, walaupun saya tahu TuJu itu ada kelemahan. Gunalah yang (aplikasi) lain-lain. Tapi sabarlah sekejap, carilah jalan jauh sikit tidak apalah, daripada serah maklumat kepada Israel,” katanya lagi.
Anwar turut menegaskan bahawa pendirian tegas Malaysia terhadap Israel menjadikan aspek perlindungan maklumat dan keselamatan negara sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat dapat memahami rasional di sebalik keputusan kerajaan dan mempertimbangkan penggunaan aplikasi navigasi alternatif yang tersedia.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
'Jutaan pencarum berhak tahu' - PGIRM desak KWSP jelaskan dakwaan 'tak cukup duit'
October 23, 2026, 4:00 pm
2027 tahun penting buat KPM, kurikulum baharu bakal dilaksana, jadikan sekolah lebih selamat
October 23, 2026, 3:52 pm
DUN Sarawak bubar bermula Isnin 26 Oktober ini
October 23, 2026, 2:36 pm
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
