Berita Berita
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
KUALA LUMPUR 23 Okt – Penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dianggarkan berusia tujuh bulan di dalam tong sampah sebuah apartmen di Abdullah Hukum, Bangsar, di sini, pada Jumaat mengundang kesedihan dan kemarahan orang ramai.
Kejadian itu mendapat perhatian selepas rakaman memaparkan anggota forensik mengangkat mayat bayi berkenaan dari sebuah tong sampah tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira jam 10.43 pagi.
"Hasil siasatan mendapati, mayat bayi itu ditemui di sebuah tong sampah dan telah di bawa ke Unit Forensik Hospital KualaLumpur (HKL) untuk bedah siasat.
"Kita masih menjalankan siasatanmengikut Seksyen 31 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222.
Maklumat juga boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, rakaman yang tular mengenai penemuan mayat bayi berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang meluahkan rasa sedih dan marah terhadap kejadian tersebut.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
'Jutaan pencarum berhak tahu' - PGIRM desak KWSP jelaskan dakwaan 'tak cukup duit'
October 23, 2026, 4:00 pm
2027 tahun penting buat KPM, kurikulum baharu bakal dilaksana, jadikan sekolah lebih selamat
October 23, 2026, 3:52 pm
DUN Sarawak bubar bermula Isnin 26 Oktober ini
October 23, 2026, 3:34 pm
TuJu ganti Waze: 'Takpalah jalan jauh sikit, daripada serah maklumat kepada Israel"- Anwar
October 23, 2026, 2:36 pm
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
