Berita Berita
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
KAJANG 23 Okt – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena letupan tangki helium ketika menjalankan kerja kimpalan di sebuah kilang barang lusuh di Persiaran Sungai Chua, di sini, pada Jumaat.
Mangsa warga tempatan berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk akibat kejadian berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.53 pagi.
Menurutnya, sepasukan lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bersama sebuah jentera segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai berkenaan.
“Pasukan bomba tiba di lokasi tujuh minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian pinggang ke bawah serta pendarahan teruk.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
Arkitek bergelar Datuk didakwa cabul remaja lelaki dalam bilik sauna
October 23, 2026, 12:53 pm
Prabowo beri amaran kepada negara hina Indonesia sebab jerebu, ancam dedah syarikat terlibat kebakaran hutan
October 23, 2026, 12:24 pm
DUN Sarawak dijangka bubar petang ini, laluan PRN Ke-13 bakal terbuka
October 23, 2026, 11:57 am
Stor kuil tidak berdaftar di Klang jadi port sorok dadah RM16.2 juta, polis tumpas empat sindiket
October 23, 2026, 11:37 am
Jangan jadi ‘tauke belakang tabir’ warga asing, Imigresen beri amaran rakyat sewakan lesen berdepan tindakan
October 23, 2026, 10:19 am
PERKESO ‘tapau’ lima anugerah emas MSOSH 2026, unggul dalam budaya keselamatan pekerjaan
October 23, 2026, 9:54 am
