Berita Berita
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
JOHOR BAHRU 23 Okt – Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bermain basikal di luar rumah bertukar tragedi apabila dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Tampoi, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang merupakan murid Tahun Satu dipercayai sedang bermain basikal sebelum terjatuh dari bangunan berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa berada di dalam rumah, manakala bapanya yang bekerja sebagai kelindan lori keluar bekerja.
Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian menimpa anak keduanya daripada empat beradik itu selepas dimaklumkan oleh rakan kanak-kanak berkenaan.
Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik menjalankan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.
Sebuah basikal milik mangsa turut diambil oleh pasukan forensik bagi membantu siasatan lanjut.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.
Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.
Berita berkaitan
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 5:17 pm
'Jutaan pencarum berhak tahu' - PGIRM desak KWSP jelaskan dakwaan 'tak cukup duit'
October 23, 2026, 4:00 pm
2027 tahun penting buat KPM, kurikulum baharu bakal dilaksana, jadikan sekolah lebih selamat
October 23, 2026, 3:52 pm
DUN Sarawak bubar bermula Isnin 26 Oktober ini
October 23, 2026, 3:34 pm
TuJu ganti Waze: 'Takpalah jalan jauh sikit, daripada serah maklumat kepada Israel"- Anwar
October 23, 2026, 2:36 pm
Tangki helium meletup ketika kerja kimpalan, lelaki maut di kilang barang lusuh di Kajang
October 23, 2026, 2:22 pm
Ahli PN digesa sokong calon BN pada PRN Melaka – Takiyuddin
October 23, 2026, 1:57 pm
