Berita Berita
Buat kali pertama, DBKL peruntuk RM1.8 juta, lanjut operasi Bazar Deepavali Brickfields kepada 30 hari
KUALA LUMPUR 25 Okt – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM1.8 juta bagi menjayakan penganjuran Bazar Deepavali 2026 di Brickfields, termasuk menyediakan kemudahan lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, tempoh operasi bazar itu turut dilanjutkan daripada 21 hari kepada 30 hari tahun ini bagi memberi peluang kepada peniaga meningkatkan pendapatan.
Menurutnya, DBKL juga mengurangkan kadar lesen kepada RM400 selain menyediakan gazebo dan khemah bersaiz besar bagi memastikan persekitaran perniagaan lebih teratur dan selesa.
“Ini adalah kali pertama DBKL memberikan sokongan seperti ini untuk mewujudkan satu mega bazar.
“Saya berharap ramai lagi pengunjung akan datang ke sini dan memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga yang sedang menjual barangan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bazar Deepavali 2026 di Pusat Sukan dan Rekreasi DBKL, Brickfields, di sini, hari ini.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.
Hannah berkata, pihaknya turut turun padang untuk meninjau dan memeriksa keadaan infrastruktur di kawasan bazar berkenaan bagi memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik sebelum peniaga memulakan operasi.
Katanya, usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, khususnya kepada peniaga kecil yang bergantung kepada musim perayaan untuk menjana pendapatan.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai mengunjungi Bazar Deepavali Brickfields bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan perayaan, selain membantu merancakkan aktiviti perniagaan peniaga tempatan.
Berita berkaitan
October 25, 2026, 9:28 pm
Pekerja Mardi maut disengat lebah ketika cuba ambil madu di Kemaman
October 25, 2026, 6:44 pm
‘Dulu cakap tak boleh, hari ini semua boleh’ – Akmal sindir bantuan RM1,000 menjelang PRN Melaka
October 25, 2026, 4:42 pm
Kedudukan Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS akan ditentukan KSN, KDN - Saifuddin
October 25, 2026, 3:56 pm
Pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 mulai 2027 – Fadhlina
October 25, 2026, 2:23 pm
Jalur Gemilang dipasang terbalik di Melbourne, NGO mahu status Sabah dan Sarawak dinilai semula
October 25, 2026, 1:35 pm
PH ubah strategi di Melaka, pertaruh 21 calon berbanding 28 sebelum ini
October 25, 2026, 12:03 pm
Lelaki maut tertimbus tanah runtuh belakang rumah, isteri dan anak sempat selamatkan diri
October 25, 2026, 11:49 am
Politik kebencian, permusuhan kaum tidak bawa negara ke mana-mana - Anwar
October 24, 2026, 7:48 pm
