Berita Berita
Politik kebencian, permusuhan kaum tidak bawa negara ke mana-mana - Anwar
KUALA LUMPUR 25 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa politik berasaskan kebencian dan permusuhan antara kaum tidak akan membawa sebarang kemajuan kepada negeri mahupun negara.
Sebaliknya, beliau menegaskan perpaduan, tatakelola yang bersih serta keberanian melaksanakan perubahan merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
“Justeru, saya tegaskan bahawa politik kebencian dan permusuhan antara kaum tidak akan membawa negeri dan negara ke mana-mana.
“Kekuatan kita terletak pada perpaduan, tatakelola yang bersih serta keberanian melaksanakan perubahan yang benar-benar memanfaatkan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata, Kerajaan Madani telah membuktikan bahawa amanah pemerintahan bukan sekadar retorik atau janji kosong, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.
Menurutnya, antara usaha yang dilaksanakan termasuk mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter khusus untuk warganegara Malaysia, selain meningkatkan pendapatan pekerja.
Katanya, kerajaan turut memperluas pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik serta kemudahan untuk golongan mahasiswa.
Beliau berkata, setiap inisiatif berkenaan dilaksanakan berlandaskan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.
Terdahulu, Anwar menghadiri majlis pengumuman calon dan pelancaran jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Melaka di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua calon dan jentera PH bahawa perjuangan politik tidak seharusnya tertumpu kepada usaha memenangi pilihan raya semata-mata, sebaliknya perlu dilihat sebagai tanggungjawab besar terhadap rakyat.
“Dengan semangat dan iltizam yang diperlihatkan rakyat Melaka malam tadi, saya yakin negeri bersejarah ini mampu sekali lagi menjadi wahana perubahan dan pembaharuan demi masa depan yang lebih adil, makmur dan bermaruah,” katanya.
Berita berkaitan
October 25, 2026, 1:35 pm
PH ubah strategi di Melaka, pertaruh 21 calon berbanding 28 sebelum ini
October 25, 2026, 12:03 pm
Lelaki maut tertimbus tanah runtuh belakang rumah, isteri dan anak sempat selamatkan diri
October 24, 2026, 7:48 pm
Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai di Tanjung Rambutan
October 24, 2026, 4:45 pm
Penyelia maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk ketika pasang papan tanda di lebuh raya
October 24, 2026, 2:55 pm
Berkali-kali mohon bantuan kerusi roda kena 'sidai, OKU di Kelantan akhirnya dibantu Steven Sim
October 24, 2026, 2:35 pm
