Berita Berita
Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai di Tanjung Rambutan
IPOH 24 Okt – Kegembiraan dua lelaki bermandi-manda di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan, di sini, berakhir tragedi apabila kedua-duanya ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Wan Ahmad Razani Wan Yahaya, 42, dan Rishi Masdi Zaidi, 50, yang masing-masing berasal dari Selangor.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Anggota terpaksa bergerak sejauh kira-kira 600 meter melalui laluan hutan untuk sampai ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, anggota menemukan dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut Sabarodzi, anggota penyelamat diarahkan memakai peranti apungan peribadi (PFD) sebagai langkah keselamatan sebelum membawa keluar kedua-dua mangsa menggunakan pengusung.
Bagaimanapun, kedua-dua lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi kejadian.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi yang turut dibantu polis tamat pada jam 5 petang,” katanya.
Berita berkaitan
October 24, 2026, 4:45 pm
Penyelia maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk ketika pasang papan tanda di lebuh raya
October 24, 2026, 2:55 pm
Berkali-kali mohon bantuan kerusi roda kena 'sidai, OKU di Kelantan akhirnya dibantu Steven Sim
October 24, 2026, 2:35 pm
‘Pelajar tidak sepatutnya hidang arak’ – JPNS siasat dakwaan pada majlis makan malam
October 24, 2026, 1:35 pm
Yayasan Budimas kumpul setengah juta ringgit, beri sinar buat lebih 50,000 kanak-kanak setiap tahun
October 24, 2026, 11:13 am
Kapal tangki milik syarikat Malaysia ditahan, 1.16 tan ketamin dirampas
October 23, 2026, 10:44 pm
