TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh belakang rumah, isteri dan anak sempat selamatkan diri

By
|
Kongsi
image

 

GEORGE TOWN 25 Okt – Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa bahagian belakang sebuah rumah di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.36 pagi itu, dua lagi individu yang turut berada di lokasi berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.36 pagi.

Menurutnya, seramai tiga individu terlibat dalam insiden itu, namun seorang daripada mereka ditemukan tertimbus di bawah runtuhan tanah sebelum disahkan meninggal dunia.

“Seorang mangsa adalah lelaki dan disahkan meninggal dunia selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah.

“Dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikerahkan ke lokasi bersama sebuah jentera pemadam ringan serta kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Beliau berkata, pihak polis turut berada di lokasi bagi membantu operasi menyelamat dan memastikan keadaan di kawasan kejadian terkawal.

Operasi menyelamat masih diteruskan setakat jam 9.30 pagi.

+ - reset