TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PH ubah strategi di Melaka, pertaruh 21 calon berbanding 28 sebelum ini

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 25 Okt – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon daripada tiga parti komponennya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menyaksikan pengurangan tujuh calon berbanding pilihan raya negeri pada 2021.

Pengumuman senarai calon itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperuntukkan sembilan kerusi, diikuti DAP sebanyak tujuh kerusi dan Parti Amanah Negara (AMANAH) lima kerusi.

Antara calon utama yang diketengahkan ialah Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, yang sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Turut disenaraikan ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, yang akan bertanding di DUN Paya Rumput.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir, dipilih sebagai calon di DUN Klebang.

Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim Siew Lin, pula sekali lagi diberi kepercayaan untuk bertanding di DUN Machap Jaya.

Pada PRN Melaka 2021, PH meletakkan calon di kesemua 28 kerusi DUN dengan PKR bertanding di 11 kawasan, AMANAH sembilan kawasan dan DAP lapan kawasan.

Bagaimanapun, gabungan itu hanya berjaya memenangi lima kerusi, masing-masing empat menerusi DAP dan satu daripada AMANAH, manakala PKR gagal memperoleh sebarang kemenangan.

Dalam pilihan raya sama, Barisan Nasional (BN) muncul sebagai pemenang dengan menguasai 21 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.

Senarai penuh calon PH bagi PRN Melaka ke-16

PKR (sembilan kerusi)

Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri

Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan

Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin

Asahan – Denesh Palasubraniam

Paya Rumput – Datuk Azman Abidin

Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir

Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar

Rim – Esma Eazreen Husin

Serkam – Muhammad Faiq Azman

DAP (tujuh kerusi)

Gadek – Jegasilan K

Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan

Ayer Keroh – Kerk Chee Yee

Kesidang – Allex Seah Shoo Chin

Kota Laksamana – Low Chee Leong

Duyong – Poo Long Suan

Bandar Hilir – Leng Chau Yen

AMANAH (lima kerusi)

Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julaisapiyah

Bukit Katil – Datuk Seri Adly Zahari

Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar

Merlimau – Rahayu Hamzah

 

+ - reset