Berita Berita
Pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 mulai 2027 – Fadhlina
NIBONG TEBAL 25 Okt – Pelajar Tingkatan Enam bakal menerima Elaun Sara Hidup berjumlah RM2,500 sepanjang tempoh pengajian selama tiga semester bermula tahun depan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, bantuan yang diperuntukkan menerusi Belanjawan 2027 itu akan disalurkan secara berperingkat dengan bayaran lebih RM800 bagi setiap semester.
Menurutnya, pelaksanaan inisiatif berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan pelajar, selain memastikan mereka mendapat sokongan sewajarnya sepanjang mengikuti pengajian prauniversiti.
“Ia (elaun pelajar Tingkatan Enam) akan bermula tahun depan kerana ini Belanjawan 2027. Sebaik sahaja pendaftaran semua pelajar Tingkatan Enam selesai, kita akan sampaikan bantuan itu pada semester pertama mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia di Taman Widuri, di sini, hari ini.
Fadhlina menjelaskan, pembayaran elaun berkenaan akan dimulakan sebaik sahaja proses pendaftaran pelajar Tingkatan Enam selesai, dengan agihan pertama dibuat pada semester pertama pengajian.
Katanya, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh sistem pendidikan prauniversiti, khususnya dalam memastikan kebajikan dan keperluan pembelajaran pelajar terus diberi perhatian.
Beliau turut berharap pemberian elaun tersebut dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan Enam, sekali gus memperkukuh pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Berita berkaitan
October 25, 2026, 4:42 pm
Kedudukan Shuhaily sebagai Ketua Pengarah AKPS akan ditentukan KSN, KDN - Saifuddin
October 25, 2026, 2:23 pm
Jalur Gemilang dipasang terbalik di Melbourne, NGO mahu status Sabah dan Sarawak dinilai semula
October 25, 2026, 1:35 pm
PH ubah strategi di Melaka, pertaruh 21 calon berbanding 28 sebelum ini
October 25, 2026, 12:03 pm
Lelaki maut tertimbus tanah runtuh belakang rumah, isteri dan anak sempat selamatkan diri
October 25, 2026, 11:49 am
Politik kebencian, permusuhan kaum tidak bawa negara ke mana-mana - Anwar
October 24, 2026, 7:48 pm
Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai di Tanjung Rambutan
October 24, 2026, 4:45 pm
