Berita Berita
Tular gambar Menteri Kesihatan Indonesia guna oksigen susulan jerebu
JAKARTA 25 Okt – Kementerian Kesihatan Indonesia (Kemenkes) menafikan dakwaan Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin mengalami masalah pernafasan ketika melakukan lawatan kerja ke Palangka Raya, Kalimantan Tengah, Jumaat lalu.
Penafian itu dibuat susulan penularan gambar Budi menggunakan tabung oksigen ketika lawatan berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.
Ketua Biro Komunikasi dan Informasi Publik Kemenkes, Aji Muhawarman berkata, Budi sebenarnya tidak mengalami sesak nafas, sebaliknya sedang memberi penerangan mengenai kemudahan kesihatan yang disediakan kepada penduduk terjejas akibat jerebu.
"Naratif yang tersebar di media sosial adalah tidak benar dan menjurus kepada maklumat palsu, fitnah dan kebencian. Beliau menggunakan pelitup muka KN95 sepanjang lawatan berkenaan.
"Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada usaha mempromosikan kemudahan Rumah Oksigen milik MDMC dan Bas Oksigen milik pemerintah wilayah Kalimantan Tengah supaya penduduk yang mengalami masalah pernafasan akibat jerebu dapat memanfaatkan kemudahan berkenaan," jelasnya pada Ahad.
Menurut Aji, kemudahan berkenaan disediakan bagi membantu masyarakat yang mengalami gangguan pernafasan susulan pencemaran udara akibat kebakaran hutan dan tanah di wilayah itu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan dakwaan tidak berasas yang boleh memesongkan fakta sebenar.
"Marilah kita bersama-sama melindungi kesihatan penduduk yang terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah serta memastikan mereka mendapat rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang diperlukan,” katanya lagi. – Agensi
Berita berkaitan
October 26, 2026, 3:32 pm
Bantuan khas RM1,000 pemandu teksi meliputi seluruh negara, bukan Melaka sahaja
October 26, 2026, 3:12 pm
Pramugara didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa pekerja penyelenggaraan
October 26, 2026, 3:09 pm
Syarat simpanan minimum RM15,000 Tabung Haji berjaya kurangkan penangguhan giliran haji
October 26, 2026, 3:04 pm
Ahmad Samsuri belum fikir soal calon PM, keutamaan PN fokus menang PRU16
October 26, 2026, 1:47 pm
Fadhlina arah JPN Perak siasat kes pengetua didakwa hantar mesej romantik kepada pelajar Tingkatan 3
October 26, 2026, 11:40 am
Lelaki berdepan hukuman mati didakwa bunuh isteri pegawai AKPS di kuarters KLIA
October 26, 2026, 11:10 am
Orang ramai dinasihat elak aktiviti pantai di Bagan Lalang susulan kelibat buaya
October 26, 2026, 10:42 am
