Berita Berita
Orang ramai dinasihat elak aktiviti pantai di Bagan Lalang susulan kelibat buaya
PUTRAJAYA, 26 Okt. – Orang ramai khususnya pelancong dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang aktiviti di persisiran Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek susulan laporan penampakan haiwan dipercayai buaya di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan bahawa pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kehadiran haiwan menyerupai buaya berhampiran sebuah pusat peranginan di pantai terbabit lewat petang semalam.
Pihak polis menggesa penduduk setempat dan pelawat supaya menghentikan sementara aktiviti pesisir pantai demi menjamin keselamatan persekitaran.
Polis Daerah Sepang turut menjalinkan kerjasama dengan agensi berkaitan bagi memantau situasi serta mengambil langkah penguatkuasaan sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
October 26, 2026, 3:32 pm
Bantuan khas RM1,000 pemandu teksi meliputi seluruh negara, bukan Melaka sahaja
October 26, 2026, 3:12 pm
Pramugara didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa pekerja penyelenggaraan
October 26, 2026, 3:09 pm
Syarat simpanan minimum RM15,000 Tabung Haji berjaya kurangkan penangguhan giliran haji
October 26, 2026, 3:04 pm
Ahmad Samsuri belum fikir soal calon PM, keutamaan PN fokus menang PRU16
October 26, 2026, 1:47 pm
Fadhlina arah JPN Perak siasat kes pengetua didakwa hantar mesej romantik kepada pelajar Tingkatan 3
October 26, 2026, 11:40 am
Lelaki berdepan hukuman mati didakwa bunuh isteri pegawai AKPS di kuarters KLIA
October 26, 2026, 10:42 am
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini beri laluan PRN13
October 26, 2026, 10:34 am
