Berita Berita
Bantuan khas RM1,000 pemandu teksi meliputi seluruh negara, bukan Melaka sahaja
MELAKA, 26 Okt. – Bantuan khas RM1,000 kepada pemandu teksi dan kereta sewa yang layak merangkumi penerima di seluruh negara dan bukannya terhad kepada negeri Melaka sahaja.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memperjelaskan perkara berkenaan susulan timbul kekeliruan pihak tertentu berhubung penganjuran majlis penyampaian bantuan terbabit di negeri berkenaan.
Majlis yang diadakan di Melaka merupakan sebahagian daripada siri jelajah penyampaian bantuan di peringkat negeri, manakala penerima yang tidak hadir akan menerima bayaran terus menerusi akaun bank masing-masing.
Pengesahan kelayakan penerima dibuat berdasarkan rekod dalam sistem agensi pengangkutan awam darat, merangkumi pemandu yang mempunyai kad pemandu sah serta telah membuat pengesahan dengan agensi berkaitan.
Proses pengkreditan akaun bank yang melibatkan kira-kira 12,000 pemandu teksi dan kereta sewa bermula hari ini dan dijangka mengambil masa dalam tempoh dua hingga tiga hari.
Kementerian Pengangkutan berharap penyaluran bantuan berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dua ini bagi membantu meringankan beban kewangan golongan terbabit.
Berita berkaitan
October 26, 2026, 3:12 pm
Pramugara didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa pekerja penyelenggaraan
October 26, 2026, 3:09 pm
Syarat simpanan minimum RM15,000 Tabung Haji berjaya kurangkan penangguhan giliran haji
October 26, 2026, 3:04 pm
Ahmad Samsuri belum fikir soal calon PM, keutamaan PN fokus menang PRU16
October 26, 2026, 1:47 pm
Fadhlina arah JPN Perak siasat kes pengetua didakwa hantar mesej romantik kepada pelajar Tingkatan 3
October 26, 2026, 11:40 am
Lelaki berdepan hukuman mati didakwa bunuh isteri pegawai AKPS di kuarters KLIA
October 26, 2026, 11:10 am
Orang ramai dinasihat elak aktiviti pantai di Bagan Lalang susulan kelibat buaya
October 26, 2026, 10:42 am
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini beri laluan PRN13
October 26, 2026, 10:34 am
