Berita Berita
'Jangan ingat boleh lepas!' - Kerajaan cadang pinda undang-undang Mahkamah Syariah babit bekas suami liat bayar nafkah
KUALA LUMPUR 26 Okt – Bekas suami yang sengaja mengingkari perintah pembayaran nafkah Mahkamah Syariah bakal berdepan tindakan penguatkuasaan lebih tegas menerusi cadangan pindaan undang-undang yang sedang dirangka kerajaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, usaha itu dilaksanakan bagi memperkukuh peruntukan sedia ada, khususnya dalam menangani kes kegagalan mematuhi perintah nafkah yang dikeluarkan mahkamah.
Menurutnya, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kini sedang menyediakan cadangan pindaan terhadap undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah.
“JKSM bersama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kini sedang mengambil tindakan untuk menyediakan cadangan pindaan terhadap undang-undang tatacara mal Mahkamah Syariah yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan.
“Cadangan pindaan ini turut memberikan perhatian kepada isu ketidakpatuhan terhadap perintah pembayaran nafkah yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah, termasuk meneliti ruang penambahbaikan peruntukan dan prosedur penguatkuasaan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Zulkifli sebelum itu membangkitkan isu bekas suami yang sengaja melengah-lengahkan proses perbicaraan atau enggan mematuhi perintah pembayaran nafkah, selain mempersoalkan tindakan tegas yang boleh diambil terhadap golongan berkenaan.
Dalam pada itu, Marhamah berkata, kerajaan turut memberi perhatian terhadap kebajikan anak-anak yang terjejas akibat kelewatan penyelesaian kes nafkah di mahkamah.
Katanya, JKSM sedang meneliti usaha menambah baik mekanisme pendahuluan nafkah serta menyediakan bantuan kewangan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan.
Menurut beliau, bantuan kewangan yang sedang dipertimbangkan itu tidak perlu dibayar semula oleh penerima, sekali gus dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pemberian bantuan tersebut tidak bermakna pihak yang diperintahkan membayar nafkah boleh terlepas daripada tanggungjawab mereka.
“Bagaimanapun, bantuan tersebut tidak menggugurkan tanggungjawab pihak yang diwajibkan membayar nafkah.
“JKSM juga akan terus memperkukuh penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah bagi memastikan hak dan kebajikan penerima nafkah sentiasa dipelihara,” ujarnya.
Berita berkaitan
October 26, 2026, 3:32 pm
Bantuan khas RM1,000 pemandu teksi meliputi seluruh negara, bukan Melaka sahaja
October 26, 2026, 3:12 pm
Pramugara didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa pekerja penyelenggaraan
October 26, 2026, 3:09 pm
Syarat simpanan minimum RM15,000 Tabung Haji berjaya kurangkan penangguhan giliran haji
October 26, 2026, 3:04 pm
Ahmad Samsuri belum fikir soal calon PM, keutamaan PN fokus menang PRU16
October 26, 2026, 1:47 pm
Fadhlina arah JPN Perak siasat kes pengetua didakwa hantar mesej romantik kepada pelajar Tingkatan 3
October 26, 2026, 11:40 am
Lelaki berdepan hukuman mati didakwa bunuh isteri pegawai AKPS di kuarters KLIA
October 26, 2026, 11:10 am
Orang ramai dinasihat elak aktiviti pantai di Bagan Lalang susulan kelibat buaya
October 26, 2026, 10:42 am
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini beri laluan PRN13
October 26, 2026, 10:34 am
