Berita Berita
Syarat simpanan minimum RM15,000 Tabung Haji berjaya kurangkan penangguhan giliran haji
KUALA LUMPUR, 26 Okt. – Pelaksanaan syarat simpanan minimum RM15,000 yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menurunkan kadar penangguhan giliran menunaikan haji daripada lebih 50 peratus kepada 18 peratus sahaja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan memaklumkan bahawa penurunan terbabit sekali gus dapat meningkatkan kecekapan pengurusan giliran jemaah serta mengurangkan keperluan membuat tawaran penggantian dalam tempoh yang singkat.
Langkah penambahbaikan berkenaan dilaksanakan selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menaikkan bayaran pendaftaran muassasah serta meningkatkan deposit kelayakan automatik.
Bagi pendeposit sedia ada, pihak Tabung Haji memberikan tempoh peralihan selama lebih dua tahun untuk mencukupkan baki simpanan sekiranya mahu mengekalkan giliran sedia ada.
Penyusunan semula senarai giliran haji berdasarkan pematuhan syarat simpanan minimum terbabit bakal bermula pada 1 Januari 2029.
Pendekatan baharu ini dijangka memendekkan tempoh menunggu giliran haji secara signifikan kepada sekitar 70 tahun berbanding 150 tahun sebelum ini.
Berita berkaitan
October 26, 2026, 3:32 pm
Bantuan khas RM1,000 pemandu teksi meliputi seluruh negara, bukan Melaka sahaja
October 26, 2026, 3:12 pm
Pramugara didakwa memandu mabuk hingga ragut nyawa pekerja penyelenggaraan
October 26, 2026, 3:04 pm
Ahmad Samsuri belum fikir soal calon PM, keutamaan PN fokus menang PRU16
October 26, 2026, 1:47 pm
Fadhlina arah JPN Perak siasat kes pengetua didakwa hantar mesej romantik kepada pelajar Tingkatan 3
October 26, 2026, 11:40 am
Lelaki berdepan hukuman mati didakwa bunuh isteri pegawai AKPS di kuarters KLIA
October 26, 2026, 11:10 am
Orang ramai dinasihat elak aktiviti pantai di Bagan Lalang susulan kelibat buaya
October 26, 2026, 10:42 am
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini beri laluan PRN13
October 26, 2026, 10:34 am
