Berita Berita
Kes rasuah terowong dasar laut Lim Guan Eng: Pendakwaan tutup kes selepas enam tahun
KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Pendakwaan dalam kes rasuah projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang melibatkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng menutup kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini selepas perbicaraan berlangsung selama enam tahun.
Hakim Azura Alwi menetapkan 13 Januari tahun depan untuk penyediaan penghujahan bertulis manakala 26 dan 27 Januari 2027 ditetapkan bagi sesi penghujahan lisan sebelum mahkamah membuat keputusan sama ada memanggil tertuduh membela diri atau membebaskannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa seramai 38 saksi telah dipanggil memberi keterangan sepanjang 110 hari perbicaraan, dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penguasa Kanan Zulhilmi Ramli sebagai saksi terakhir.
Guan Eng, 65, berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM, Seksyen 16 Akta SPRM, dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan meminta serta menerima suapan RM3.3 juta dan menyebabkan pelupusan tanah bernilai RM208.8 juta berkaitan projek bernilai RM6.3 bilion berkenaan.
Dalam prosiding berkenaan, tertuduh diwakili pasukan pembelaan dipimpin Ramkarpal Singh dan RSN Rayer, manakala Timbalan Pendakwa Raya turut menawarkan seorang saksi iaitu Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Ir. Rajendran P. Anthony kepada pihak pembelaan sekiranya dipanggil membela diri kelak.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 5:52 pm
Penyeludupan kokain dari P.Pinang ke Hong Kong didalangi sindiket sama dari China
October 27, 2026, 5:47 pm
Kerajaan sekat penjualan bahan api bersubsidi sebuah stesen minyak di Nibong Tebal
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
