Berita Berita
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
ALOR SETAR, 27 Okt. – Jabatan Mufti Negeri Kedah menjelaskan bahawa pertandingan memancing di kolam berbayar boleh menjadi haram sekiranya yuran penyertaan peserta dikumpul untuk dijadikan hadiah kepada pemenang.
Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan pada 6 November 2023, pertandingan memancing yang mengenakan bayaran kepada peserta sebelum wang berkenaan dikumpul bagi dijadikan ganjaran pemenang mengandungi unsur perjudian (maisir dan qimar).
Unsur perjudian berlaku apabila pertandingan meletakkan syarat wang atau sesuatu yang bernilai sebagai taruhan, dengan peserta yang menang memperoleh ganjaran manakala wang penyertaan peserta yang kalah dianggap 'hangus'.
Penganjur atau pengusaha kolam bagaimanapun dibenarkan mengenakan yuran penyertaan pada kadar munasabah bagi menampung kos perkhidmatan dan pengurusan seperti sewaan tempat, peralatan, makanan, kemudahan tempat letak kenderaan serta utiliti.
Sebaliknya, penganjuran pertandingan memancing yang menawarkan hadiah hasil tajaan pihak ketiga adalah harus mengikut pandangan ulama kerana ganjaran disumbangkan oleh pihak luar dan bukannya hasil kutipan peserta.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah menasihatkan semua pihak supaya mematuhi kehendak syariat serta undang-undang berkuat kuasa, susulan penularan beberapa pertandingan memancing tempatan di media sosial yang menawarkan hadiah lumayan sehingga RM1.1 juta.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:58 am
28,401 lesen perniagaan dibatalkan akibat salah guna, sewa kepada warga asing
October 27, 2026, 10:53 am
Rakyat digesa waspada hadapi Monsun Timur Laut bermula hari ini
October 27, 2026, 10:38 am
