Berita Berita
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
MELAKA, 27 Okt. – Kemelut agihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan perkembangan positif tanpa timbul sebarang isu parti berkenaan menarik diri daripada gabungan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa perkembangan itu dicapai hasil pertemuan beliau bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ahmad Zahid memberi mandat kepada Ab Rauf untuk membuat pengumuman rasmi berhubung keputusan muktamad pengagihan kerusi berkenaan dalam masa terdekat.
Isu terbabit tercetus selepas Ka Siong bertindak meninggalkan dewan semasa majlis pengenalan calon BN berikutan rasa tidak puas hati terhadap pembahagian kerusi yang didakwa dibuat tanpa perbincangan menyeluruh bersama MCA.
BN sebelum ini menetapkan untuk bertanding di 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, manakala baki tujuh kerusi diperuntukkan kepada PAS dan rakan strategiknya.
Ahmad Zahid ditemui media selepas merasmikan Program Jelita (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) Latihan Pecutan Intensif 12 Jam bagi memperkasakan golongan wanita menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:58 am
28,401 lesen perniagaan dibatalkan akibat salah guna, sewa kepada warga asing
October 27, 2026, 10:53 am
Rakyat digesa waspada hadapi Monsun Timur Laut bermula hari ini
October 27, 2026, 10:38 am
