Berita Berita
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
SHAH ALAM, 27 Okt. – Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad hadir memberi keterangan lebih tiga jam di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini berhubung siasatan kes khalwat yang dikaitkan dengannya.
Peguam Syarie, Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani memaklumkan bahawa kehadiran bekas Ahli Parlimen Setiawangsa itu bertujuan melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 29E Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Nik Nazmi sebelum ini mengesahkan beliau antara individu yang ditahan oleh pihak JAIS dalam kes berdua-duaan dengan individu bukan mahram di sebuah premis tertutup di Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu.
Susulan insiden berkenaan, beliau direhatkan daripada semua aktiviti rasmi Parti Bersama selama tiga bulan berkuat kuasa sehingga 19 Januari depan bagi membolehkan kes terbabit ditangani sewajarnya.
Pihak pembelaan memaklumkan bahawa keputusan berhubung pertuduhan rasmi di mahkamah kini bergantung kepada penilaian dan maklum balas daripada Jabatan Pendakwa Syariah Selangor selepas proses siasatan selesai.
Mengulas mengenai dakwaan tangkapan berkenaan telah dirancang susulan penularan gambar-gambar awal sebelum serbuan dibuat, pihak peguam menjelaskan perkara terbabit akan dibangkitkan kemudian bagi memberi tumpuan penuh kepada siasatan semasa.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:58 am
28,401 lesen perniagaan dibatalkan akibat salah guna, sewa kepada warga asing
October 27, 2026, 10:53 am
Rakyat digesa waspada hadapi Monsun Timur Laut bermula hari ini
October 27, 2026, 10:38 am
