Berita Berita
'Dulu kami bagi makan, sekarang dah ada lori' - Penduduk dakwa Rohingya di Kelantan kaya hasil ladang sirih, ada berpuluh pekerja
TANAH MERAH 27 Okt – Kehidupan seorang penduduk Rohingya yang dahulunya hanya berjalan kaki dan menumpang kenderaan penduduk kampung didakwa berubah sehingga mampu memiliki pelbagai jenis kenderaan termasuk lori, van, kereta dan motosikal.
Perubahan itu dikatakan berlaku selepas individu berkenaan mengusahakan ladang sirih seluas lebih dua hektar di Kampung Bechah Laut, di sini, sejak tiga tahun lalu.
Penduduk mendakwa, komuniti Rohingya yang mula memasuki kampung berkenaan kira-kira 20 tahun lalu kini menjalani kehidupan jauh lebih senang berbanding ketika awal kedatangan mereka.
Malah, terdapat dakwaan bahawa pembelian kenderaan berkenaan menggunakan nama penduduk tempatan, selain ada penduduk kampung yang bekerja sebagai pemandu lori dan van milik pengusaha terbabit.
Seorang penduduk dikenali sebagai Hussin, 65, berkata, pada awalnya hanya seorang lelaki Rohingya memasuki kampung itu kira-kira 20 tahun lalu untuk bekerja di kebun sayur milik penduduk.
"Pada ketika itu, penduduk kampung kasihan dan sering memberi derma selain belanja makan kerana dia seorang diri dan agak susah. Bekerja di kebun penduduk kampung dan hanya menumpang kenderaan penduduk.
"Namun kini kehidupannya jauh lebih berubah kerana selain mampu mengusahakan ladang sirih lebih dua hektar, dia juga memiliki pelbagai kenderaan termasuk lori.
"Malah, dia kini mempunyai puluhan pekerja yang juga daripada etnik Rohingya selain pekerja daripada penduduk tempatan sebagai pemandu lori dan van.
"Dia pernah menceritakan kepada saya, setiap kali menghantar bekalan sirih ke luar Kelantan, dia memperoleh hasil jualan sebanyak RM10,000.
"Malah, lori yang dibeli juga digunakan untuk mengangkut pasir. Apa yang saya boleh kata, penduduk Rohingya ini sangat rajin, bayangkan dari kawasan hutan boleh bertukar kepada ladang sirih tersusun dan apa sahaja yang boleh mendatangkan duit, dia akan buat," katanya ketika ditemui.
Semalam, New Straits Times Press (NSTP) melaporkan kewujudan ladang sirih seluas lebih dua hektar di Kampung Bechah Laut yang dipercayai diusahakan komuniti Rohingya sejak tiga tahun lalu.
Ladang berkenaan dibangunkan menggunakan para kayu yang disusun secara teratur di kawasan terpencil dan berbukit, jauh daripada penempatan penduduk kampung.
Keadaan itu menyebabkan sebahagian penduduk tempatan tidak menyedari kewujudan ladang berkenaan.
Tanah yang digunakan dipercayai disewa daripada penduduk kampung dengan bayaran mencecah ribuan ringgit, manakala hasil sirih dipasarkan ke luar Kelantan termasuk Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Tinjauan di kawasan berkenaan turut menemukan dua bangsal yang dipercayai digunakan sebagai tempat penyimpanan baja.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Yazid, 45, mendakwa pengusaha Rohingya terbabit sering menggunakan kenderaan berbeza setiap kali memasuki kawasan kebun.
"Seperti hari biasa dia akan masuk ke kampung menaiki Perodua Myvi selain motosikal, jika untuk kutip hasil dia akan masuk dengan van.
"Bagaimanapun, mereka tidak mengganggu penduduk kampung setakat ini kerana mereka hanya menyewa tanah di kampung ini, manakala tinggal di daerah lain," katanya.
Sumber: Harian Metro
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:58 am
28,401 lesen perniagaan dibatalkan akibat salah guna, sewa kepada warga asing
October 27, 2026, 10:53 am
