Berita Berita
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
SHAH ALAM, 27 Okt. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan ucapan takziah atas pemergian anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laskar Kanan Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang maut ketika bertugas awal pagi tadi.
Allahyarham Mohd Roshaimi, 41, disahkan meninggal dunia selepas bot peronda yang dinaiki bersama tiga anggota lain dipercayai merempuh tembok di pesisir pantai perairan Sungai Padang, Perlis kira-kira jam 12.30 tengah malam semasa mengejar bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).
Saifuddin menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara dan Maritim Malaysia berikutan komitmen serta jasa beliau dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Insiden berkenaan turut mengakibatkan tiga lagi anggota perkhidmatan awam terbabit mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan.
Menerusi hantaran di media sosial, Saifuddin mewakili Kementerian Dalam Negeri mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
Pemandu lori rempuh kereta dinaiki dua wartawan dipercayai alami microsleep
October 27, 2026, 11:05 am
Tiada isu tata kelola GLIC dan GLC seburuk skandal 1MDB, Felda atau TH - Anwar
October 27, 2026, 10:58 am
28,401 lesen perniagaan dibatalkan akibat salah guna, sewa kepada warga asing
October 27, 2026, 10:53 am
Rakyat digesa waspada hadapi Monsun Timur Laut bermula hari ini
October 27, 2026, 10:38 am
