Berita Berita
Kerajaan sekat penjualan bahan api bersubsidi sebuah stesen minyak di Nibong Tebal
KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Kerajaan menyekat sebuah stesen minyak di Sungai Buaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang daripada menjual petrol RON95 dan diesel bersubsidi di bawah program BUDI MADANI susulan penemuan transaksi mencurigakan yang disyaki melibatkan penyelewengan.
Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa tindakan tegas berkenaan diambil berikutan aduan beberapa penerima manfaat yang mendapati maklumat MyKad mereka digunakan tanpa kebenaran bagi pembelian bahan api bersubsidi.
Semakan terhadap rekod transaksi premis terbabit mengesan lebih 1,000 transaksi menggunakan kaedah pintasan manual (manual bypass) yang melibatkan penggunaan lebih 100,000 liter petrol bernilai lebih RM270,000.
Susulan itu, MoF bertindak menahan bayaran subsidi berjumlah lebih RM270,000 kepada stesen minyak berkenaan selain menyekat sembilan individu, termasuk pemilik premis dan ahli keluarga mereka, daripada menggunakan kemudahan subsidi berkenaan.
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha atau pengguna yang melanggar garis panduan BUDI MADANI demi memastikan peruntukan bersasar terbabit sampai kepada golongan yang benar-benar layak.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 5:52 pm
Penyeludupan kokain dari P.Pinang ke Hong Kong didalangi sindiket sama dari China
October 27, 2026, 5:39 pm
Kes rasuah terowong dasar laut Lim Guan Eng: Pendakwaan tutup kes selepas enam tahun
October 27, 2026, 3:25 pm
Saifuddin ucap takziah pemergian anggota Maritim Malaysia maut dalam operasi
October 27, 2026, 3:19 pm
Kemelut agihan kerusi BN-MCA tunjuk perkembangan positif
October 27, 2026, 3:14 pm
Nik Nazmi beri keterangan lebih tiga jam di JAIS berhubung kes khalwat
October 27, 2026, 2:34 pm
Lelaki mengaku salah empat pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
October 27, 2026, 11:40 am
Pertandingan memancing kolam berbayar boleh jadi haram jika yuran dijadikan hadiah
October 27, 2026, 11:28 am
