Berita Dunia
'Macam dalam movie', 9 nyawa melayang lepas jet peribadi terhempas menyembah bumi
FLORIDA 2 NOVEMBER – Kegembiraan sembilan individu menuju ke destinasi percutian impian di Bahamas bertukar tragedi apabila pesawat peribadi yang dinaiki mereka terhempas lalu meletup berhampiran kawasan perumahan di Florida semalam.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI
Insiden menyayat hati pada pukul 12.50 tengah hari itu mengorbankan kesemua penumpang serta anak kapal selepas jet perniagaan jenis Learjet 60 berkenaan terhempas dari ketinggian ribuan meter sebelum menjadi seperti bola api raksasa.
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Sean Duffy mengesahkan tiada mangsa terselamat dalam malapetaka udara tersebut dan menyifatkannya sebagai satu bencana yang amat memilukan.
Pesawat yang didaftarkan atas nombor N722BD itu terdahulu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstrom, Texas.
Pihak berkuasa penerbangan tempatan bagaimanapun belum mendedahkan identiti penuh kesemua mangsa yang terkorban.
Gabenor Florida, Ron DeSantis, ketika ditemui di lokasi kejadian menyatakan rasa syukur kerana tiada kecederaan atau kematian dilaporkan melibat penduduk setempat.
Beliau menggambarkan nahas itu seumpama bedilan peluru berpandu yang menjunam deras sehingga meninggalkan kawah besar di pinggir jalan utama.
Data penjejakan penerbangan serta rakaman perbualan kawalan trafik udara mendedahkan detik-detik cemas sebelum nahas berlaku.
Ketika berada pada ketinggian 35,000 kaki (kira-kira 11 kilometer), juruterbang dilaporkan berdepan cuaca buruk termasuk pergolakan udara hebat serta pembentukan ais sebelum meminta kebenaran menaikkan ketinggian pesawat.
Namun, tidak beberapa lama kemudian, jet itu secara tiba-tiba menjunam dengan kelajuan maxsimum melebihi had reka bentuk asalnya.
Panggilan kecemasan sempat dibuat oleh juruterbang apabila pesawat mula condong ke kanan sebelum menghempas bumi.
Saksi di tempat kejadian menyifatkan letupan yang berlaku amat dahsyat sehingga mengeluarkan kepulauan asap hitam pekat ke udara.
Impak rempuhan itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan sekitarnya selama beberapa jam.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa tempatan bertindak memindahkan kira-kira 600 penduduk dari penempatan rumah mudah alih berdekatan.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 10:42 am
Hujan berterusan, 'cyclone' Arnab punca air dari tanah naik di Thailand
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
