Berita Dunia
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
KUALA LUMPUR 22 OKTOBER - Isu perselisihan faham di alam maya antara warga Malaysia dan Indonesia bukanlah perkara asing, namun apabila isu sensitif disentuh tanpa asas yang kukuh, ia sering kali memakan diri sendiri.
Baru-baru ini, tindakan pelakon Indonesia, Boy Hamzah, yang memuat naik kenyataan provokasi mengenai Malaysia menjadi bualan hangat selepas penampilannya dalam sebuah program bual bicara televisyen di Indonesia tular di media sosial.
Niat asal pelakon tersebut untuk mempertahankan tindakannya bertukar menjadi detik memalukan apabila dia kelihatan hilang kata-kata dan memberikan respon tidak menentu sewaktu diajukan soalan oleh pengacara program berkenaan.
Hadir sebagai tetamu dalam rancangan Pagi Pagi Ambyar terbitan Trans TV, Boy Hamzah cuba menjelaskan punca yang mencetuskan rasa tidak puas hatinya.
Menurut Boy, rasa nasionalismenya tercalar selepas melihat hantaran seorang individu yang didakwa guru merendahkan bendera Indonesia dengan menyifatkannya sebagai barang mudah koyak.
Bagaimanapun, suasana bertukar canggung apabila hos lelaki program tersebut, Rian Ibram, bertanyakan soalan ringkas mengenai apakah sebenarnya kenyataan balas yang cuba disampaikannya
Hamzah terdiam seketika dan mengulang frasa kenyataan saya beberapa kali dalam keadaan tergagap sebelum cuba mengalihkan topik perbualan.
“Statement kamu apa,” soal ringkas tetapi cukup membisukan si Boy Hamzah.
Bukannya memperincikan kenyataan yang dibuat, dia sebaliknya mendakwa dirinya tidak mencari populariti dan tidak lagi berminat dengan dunia hiburan kerana mahu menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan.
Boy kemudiannya mendakwa warga Malaysia sering menganggap masyarakat Indonesia sebagai masyarakat kelas dua, dengan memberi alasan bahawa ramai warganegara Indonesia yang bekerja di Malaysia disindir oleh warganet tempatan.
Melihat perbincangan yang semakin emosional dan tersasar, Rian Ibram memotong hujah tersebut dengan pandangan yang tenang dan matang.
Rian menegaskan bahawa selagi masyarakat Indonesia tidak meletakkan diri mereka sebagai bangsa kelas dua, tiada sebab untuk mereka berasa tersinggung.
Rian turut menjelaskan bahawa perselisihan faham antara netizen Malaysia dan Indonesia di media sosial merupakan perkara lama yang diibaratkan seperti hubungan cinta dan benci, terutamanya apabila melibatkan perlawanan bola sepak, namun kedua-dua pihak biasanya akan kembali berbaik dan saling membela antara satu sama lain.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
