TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk

By
|
Kongsi
image

KOTA TINGGI, 27 Okt. – Seorang peneroka maut selepas ditetak seorang lelaki dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di tepi jalan berhampiran kawasan kediaman suspek yang bertindak mengamuk sambil bersenjatakan sebilah kapak.

Keadaan suspek yang agresif menyebab penduduk sekitar tidak berani menghampiri lokasi kejadian bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Selepas melancarkan serangan terhadap mangsa, suspek dilaporkan terus melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi pihak media.

Polis memaklumkan bahawa kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit akan dikeluarkan esok bagi memberi ruang kepada siasatan lanjut secara menyeluruh.

+ - reset