Berita Jenayah
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
KUCHING, 28 Okt. – Polis menumpaskan sindiket merompak kubur di Miri susulan penahanan sembilan lelaki berusia antara 16 hingga 73 tahun menerusi operasi khas dari 11 hingga 17 Oktober lalu.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak memaklumkan bahawa dua daripada suspek yang ditahan baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan sama sebelum merekrut ahli baharu bagi meneruskan kegiatan berkenaan.
Dalam operasi terbabit, pihak polis turut merampas peralatan pecah rumah seperti tukul dan pemutar skru serta pelbagai barangan perhiasan termasuk rantai, cincin, anting-anting, gelang, dan syiling lama.
Tangkapan berkenaan berjaya menyelesaikan 15 kes rompakan kubur di daerah Miri yang dilaporkan berlaku sejak Ogos hingga Oktober ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh tempat pengebumian yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sembilan bulan atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
