TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Wanita warga asing melecur disimbah asid selepas mahu putus hubungan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Seorang wanita warga asing dalam lingkungan usia 20-an mengalami kecederaan melecur selepas dipercayai disimbah cecair mengandungi asid oleh kekasihnya dalam kejadian di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di sebuah kedai makan tempat mangsa bekerja, berpunca daripada tindakan mangsa yang mahu memutuskan hubungan dengan suspek.

Mangsa telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menerima rawatan lanjut akibat kecederaan yang dialaminya.

Suspek yang juga warga asing dilaporkan melarikan diri sejurus selepas insiden terbabit dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan oleh pasukan polis.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan percakapan beberapa orang saksi di lokasi kejadian telah dirakam bagi membantu siasatan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset