Berita Jenayah
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
BUKIT MERTAJAM, 27 Okt. – Empat kanak-kanak lelaki warga Myanmar berusia antara sembilan hingga 12 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas di Taman Sri Rambai.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah memaklumkan bahawa perintah reman sehingga 30 Oktober dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas suspek ditahan dalam beberapa serbuan.
Kejadian berlaku pada 22 Oktober lalu apabila mangsa berusia 71 tahun menegur kumpulan berkenaan yang bising ketika bermain di taman permainan berhampiran kediamannya.
Kumpulan terbabit yang tidak menghiraukan teguran berkenaan bertindak agresif dengan membaling batu dan melontarkan batang besi ke arah wanita terbabit, sebelum mangsa membuat laporan polis berikutan rasa terancam.
Polis turut merampas beberapa barangan di lokasi kejadian untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
