Berita Dunia
Presiden Paraguay letak jawatan selepas kejatuhan bank digital bekukan akaun jutaan rakyat
ASUNCION 6 NOVEMBER – Presiden Paraguay, Santiago Pena, meletakkan jawatan pada Khamis selepas jutaan rakyat negara itu hilang akses kepada akaun bank mereka berikutan kejatuhan sebuah bank digital yang pernah dikaitkan dengannya.
Bank berkenaan, Ueno Bank, diambil alih bank pusat Paraguay pada awal pagi Selasa.
Lembaga pengarah bank pusat mengundi sebulat suara pada Isnin untuk meletakkan Ueno di bawah proses resolusi selepas nisbah solvensinya jatuh bawah separuh daripada had minimum yang ditetapkan undang-undang.
Ueno berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu dan mendakwa hampir tiga juta pelanggan, iaitu sekitar 60 peratus penduduk dewasa negara itu.
Ketika bank pusat menyatakan masalah itu terhad kepada Ueno dan tidak menjejaskan sistem kewangan secara keseluruhan, orang ramai bergegas mencari wang simpanan mereka.
Sekitar AS$380 juta (kira-kira RM1.54 bilion) dilaburkan oleh dana pencen dan kesihatan negara, IPS, dalam bank itu.
Pengawal selia mendapati kelemahan serius dalam operasi bank.
Siasatan menemui pinjaman kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemilik bank didokumenkan dengan teruk, selain perbelanjaan yang tersilap dikira sebagai aset.
Lapan eksekutif kanan ditahan, termasuk pengasas Miguel Vazquez dan Presiden bank Juan Manuel Gustale. Pendakwa raya turut mendakwa 27 pegawai bank dan rakan kongsi perniagaan atas kesalahan termasuk pecah amanah dan cubaan penipuan.
abcnews
Pena memegang saham dalam sebuah syarikat induk yang mengawal Ueno sehingga 2025, namun menafikan sebarang kaitan langsung dengan bank itu. Pena dan pihak bank sama-sama menafikan melakukan kesalahan.
Carlos Carvallo, bekas eksekutif Ueno yang dilantik Peña untuk mengetuai bank pusat, juga meletak jawatan awal minggu ini atas permintaan presiden.
Pena berdepan gesaan pemecatan manakala penunjuk perasaan bertembung dengan polis rusuhan.
Dalam kenyataannya, beliau berkata beliau memohon maaf kepada rakyat jika pernah mengecewakan mereka dan tidak pernah berniat mengkhianati kepercayaan yang diberikan.
Pendakwa raya mengumumkan Pena kini disiasat jenayah. Peguam Negara Emiliano Rolón Fernández mengarahkan tiga siasatan berkaitan krisis Ueno, termasuk dakwaan yang melibatkan Peña dan pegawai kerajaan lain, semasa dan bekas.
Senator pembangkang terus mendesak Pena dipecat, dengan hujah bahawa membenarkan beliau meletak jawatan akan mengekalkan kelayakannya menjadi senator seumur hidup, yang memberi perlindungan undang-undang yang boleh menghalang pendakwaan.
Setakat ini, tiada laporan menyatakan kejatuhan Ueno berpunca daripada serangan siber. Masalah itu berkait dengan kedudukan modal dan amalan pinjaman bank. Insiden penggodaman Jun 2025 yang menyasar agensi kerajaan Paraguay adalah kes berasingan.
Berita berkaitan
November 5, 2026, 10:16 am
Anggota polis maut terkena bilah kipas pesawat
November 2, 2026, 9:58 am
'Macam dalam movie', 9 nyawa melayang lepas jet peribadi terhempas menyembah bumi
October 30, 2026, 10:42 am
Hujan berterusan, 'cyclone' Arnab punca air dari tanah naik di Thailand
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
