TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Urus dokumen atas lantai sendiri, bekas Presiden Jokowi ditertawa satu dewan lepas buktikan ijazah asli di Mahkamah

By
|
Kongsi
image

JAKARTA 6 NOVEMBER - Bekas ahli Parti Demokrat, Roy Suryo meminta hakim mengeluarkan pengunjung yang bersorak di dalam ruang mahkamah ketika bekas Presiden Indonesia ke-7, Joko Widodo, mempamerkan ijazahnya kepada orang ramai pada perbicaraan kes ijazah.

Peristiwa itu berlaku ketika Jokowi hadir sebagai saksi dalam kes dakwaan fitnah dan pencemaran nama baik berkaitan tuduhan ijazah palsu di Mahkamah Daerah Jakarta Timur, Jakarta, pada Khamis (5/11/2026).

Pada mulanya, Jokowi memohon kebenaran daripada panel hakim untuk menunjukkan ijazah itu kepada para hadirin perbicaraan. Beliau berkata beliau telah berjanji kepada orang ramai untuk mempamerkannya secara langsung.

Sebaik sahaja Jokowi mengangkat ijazah tersebut, para pengunjung galeri serta-merta menyambutnya dengan sorakan dan tepukan yang gamat.

Roy, yang berstatus defendan, kemudian meminta hakim supaya mengeluarkan pengunjung yang bersorak itu.

“Itu menjerit-jerit, tolong keluarkan, Yang Arif. Keluarkan mereka, palsu pun nak menjerit-jerit,” kata Roy Suryo.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Roy antara pengkritik paling lantang yang mempersoalkan keaslian ijazah Jokowi, sering berhujah menggunakan analisis teknikal terhadap dokumen dan gambar. 

Jokowi menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis, sehingga membawa kepada kes yang kini dibicarakan.

+ - reset