Berita Berita
Isu tajaan arak, HYROX Kuala Lumpur 2026 akhirnya dapat kelulusan bersyarat KBS
PUTRAJAYA 6 Nov - Selepas sebelum ini berdepan kemungkinan tidak mendapat kelulusan susulan kontroversi tajaan syarikat minuman beralkohol, acara kecergasan antarabangsa HYROX Kuala Lumpur 2026 kini dibenarkan berlangsung dengan beberapa syarat ketat.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberikan kelulusan bersyarat kepada penganjuran acara yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 13 Disember depan, tertakluk kepada pematuhan penuh Kod Sukan Selamat serta syarat ditetapkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kelulusan berkenaan diberikan di bawah Seksyen 33 Akta Pembangunan Sukan 1997.
Menurutnya, pihak penganjur telah menyatakan persetujuan untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat bagi memastikan penganjuran acara itu memenuhi ketetapan yang ditetapkan kerajaan.
"Penganjur HYROX Kuala Lumpur 2026 telah bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya Perkara 5.2 Kod Sukan Selamat.
"KBS akan memantau pematuhan syarat ini sepanjang penganjuran acara. KBS mengucapkan selamat bertanding kepada semua peserta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohammed Taufiq berkata, penganjuran acara kecergasan massa seperti HYROX wajar diteruskan kerana mampu menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sebelum ini, beliau menegaskan KBS tidak akan meluluskan penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 sekiranya tajaan daripada syarikat minuman beralkohol tidak ditarik balik sepenuhnya.
Kontroversi itu tercetus selepas tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai "Official Beer Partner" bagi pertandingan kecergasan fizikal bertaraf antarabangsa berkenaan tular di media sosial.
Perkara itu mencetuskan perhatian terhadap penglibatan jenama minuman beralkohol dalam penganjuran acara sukan di negara ini.
HYROX Kuala Lumpur 2026 dijadual berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, selama empat hari bermula 10 Disember ini.
Bagaimanapun, kelulusan bersyarat yang diberikan itu tidak bermakna penganjur bebas daripada pemantauan, sebaliknya KBS akan terus memastikan semua syarat dipatuhi sepanjang acara berlangsung.
Berita berkaitan
November 6, 2026, 11:53 pm
'Sampai bila?' – Nooryana Najwa luah rasa sedih, kecewa penangguhan tahanan rumah Najib
November 6, 2026, 11:48 pm
‘Bebaskan Najib serta-merta!’ – Peguam bidas tindakan AGC sangsi perintah tahanan di rumah
November 6, 2026, 9:34 pm
Najib kembali ke Penjara Kajang malam ini
November 6, 2026, 6:46 pm
Muhyiddin gesa kerajaan perjelas peraturan dan syarat tahanan di rumah Najib Razak
November 6, 2026, 6:28 pm
Dua remaja ditahan edar vape berisi dadah kepada pelajar di Negeri Sembilan
November 6, 2026, 6:20 pm
AGC tangguh pelaksanaan tahanan di rumah Najib Razak susulan kekeliruan interpretasi undang-undang
November 6, 2026, 5:24 pm
Anthony Loke umum letak jawatan berkuat kuasa serta merta
November 6, 2026, 5:05 pm
