TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Muhyiddin gesa kerajaan perjelas peraturan dan syarat tahanan di rumah Najib Razak

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 6 Nov. – Kerajaan digesa untuk memberikan penjelasan secara rasmi berhubung rangka undang-undang serta sekatan khas yang terpakai bagi pelaksanaan hukuman tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan semasa program menyantuni rakyat di DUN Sungai Udang hari ini bahawa maklumat terperinci daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah penting supaya rakyat memahami sama ada pesalah tertakluk kepada kawalan ketat pergerakan fizikal atau sebaliknya.

Muhyiddin mendesak agar Kerajaan segera menggubal peruntukan khas dan membawanya ke Parlimen sekiranya tiada undang-undang khusus yang mengawal selia mekanisma tahanan di rumah pada masa ini.

Kenyataan berkenaan menyusul selepas penyelesaian bayaran denda RM50 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memenuhi syarat Perintah Pengampunan Bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hadir sama pada program terbabit ialah Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Mohd Radzi Md Jidin, Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan BERSATU Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, serta calon BERSATU DUN Sungai Udang Mejar (B) Abdullah Mahadi.

+ - reset